Wednesday 6 February 2013

Kumbang dah jmp Bunganya....

Assalamualaikum,hai...lamanye aku tak buka blog aku ni yelah...bukan ada follower sgt kan. So cuma ada mood nak menaip and nak kongsi cerita aja la aku buka blog ni.Sekarang ni bkn lah ada cerita rancak2 mcm org lain,cm nk kongsi ler sikit hal aku ni hehe....(lantak ler org nk kata aku ni cm girl2 je nk story2 hal kat blog),sbb aku tak kisah apa org kata janji as long tak memudaratkn hidup org lain atau hidup aku udah ler...
Hmmm...
sebenarnya aku nk kongsi hal cerita cinta aku la (kononnye),aku ni frust teruk dlm cinta ada la 5thn yg lepas,haha tp time tu pny cinta pikir dah CINTA MATIKU la kononye nk sedih teruk2. Sampai level aku pnya frust  ni aku dah takut nk lebih2 ngan popuan mana2 yg aku kenal,sbb tkt frust lagi.
So....
start dr tu aku mula kenal2 semua popuan tp tk nk ler lebih2 just biasa2 je, dr zaman belajar ke zaman kerja dan ke zaman belajar balik.Tp apa yg bes time zaman belajar yg kali kedua ni aku ada kenal popuan ni tau...just nice,aku ngan kwn2 aku kata dia ni lemah lembut,sopan,ada tanjak jadi cikgu dan isteri mithali lah...(itu pandagan dr jauh la).Tp bila dah kenal perghhh member aku siap kata kat dia(she) "uihh hg ni ganaih noh siap nk tumbok2 org lg",dia siap menjawab lagi " bia lah mmg aku ganaih pun,baru tau ke?!".Ha start dr tu aku teruih pegang satu kata pepatah "Dont Judge The Book by Its Cover".
Ha....
balik cerita pasal that girl,die ni ganaih2 die pun perghhh baik beb,paling aku cm respect sgt hal2 agama,die ni kire mantap jg la hal agama walaupun tak ada la level ustazah tp utk popuan lain mgkn payah kot nk dpt mcm ni.So dipendekkan cite aku kenal dan semakin rapat,tp tah mcm mn tah die membuatkan hati ni terbuka nk bercinta(cewah.....),tp kali aku lebih berserah kepadaNya pasal hbgn kami ni.
Dan...
skrg ni mmg la aku Single but not available hehehe poyo aja,dah ada gelpren ni lain lak citenye,hai nnt2 lah aku story2 lak...kalo ada mood...
Ok....
Assalamualaikum...

-kpd yg membaca trm kasih ye..


Sunday 15 January 2012


Kehidupan

Kehidupan....

Tak semua kehidupan manusia sama,apa yang orang pandang di luar tak sama apa yang ada di dalam hati manusia.....Orang kata kita tersenyum,ketawa,berseronok bermakna hati kita senang,bahagia dan segalanya indah....Tapi bagi aku setiap orang ada masalahnya....

Sehebat mana orang itu,sekaya mana orang itu dia tetap ada kelemahan dan miskinnya dalam dirinya.Hidup ni umpama roda kadang kala kita diatas,kadang kala kita di bawah,jangan kita sangka apa yang kita buat dan apa yang fikirkan diri kita sempurna dan terbaik.....Tiada apa yang sempurna melainkanNya Yang Satu.

Ramai orang fikirkan seorang budak lelaki ini baik dari segi luar dan dalam dirinya.Tapi apa yang sebenarnya budak itu tertanya-tanya bagaimana kehidupan ini.Budak ini tertanya-tanya kenapa bila pergi ke sekolah ibu bapa pelajar lain ada di sisi tapi kenapa budak ini tertanya macam tu,mungkin dia tak sama dengan pelajar lain,tapi senyum dan gelak ketawa tetap ada di mukanya....Bila tiba Hari Raya Korban,Cikgu bertanya "siapa di dalam kelas ini anak yatim?"budak ini tertanya-tanya apa itu anak yatim???Cikgu tanya lagi sekali "Siapa di dalam kelas ini tak ibu dan ayah,atau tak ada ibu,atau ayah?"budak ini angkat tangan,tapi cuma dia seorang aja yang angkat.Budak ini bangun dan tengok kawan-kawan yang lain tapi cuma dia seorang saja yang bangun,dalam hati budak ini tertanya-tanya dalam hatinya"Kenapa aku seorang saja yang angkat tangan?,Kenapa aku tak ada ayah?"Bila budak ini balik sekolah dia cerita dan bertanya kepada Tok Wan dan Tok nye....tp Tok Wan cakap "Takpe Tok Wan kan ada,Tok Wan la ayah."budak ini tersenyum dan senang hati dan tak pernah tertanya-tanya lagi tentang ayahnya.

Budak ini telah besar dan dah bekerja,persoalan yang sentiasa di tanya-tanya telah ada jawapan dalam dirinya.Selama ini budak ini berkongsi macam-macam dengan tokwannya,tapi selepas tokwannya meninggalkan budak ini selama-lamanya,budak ini lebih banyak memendam rasa.Tak tahu nak mengadu kepada siapa,hanya tokwannya saja memahami hati budak ini,tapi budak ini tetap teruskan kehidupan macam biasa bezanya dalam hatinya hanya Allah yang tahu.....

Orang kata bila kita berkongsi cerita atau masalah kepada kawan-kawan kurang sikit rasa sedih tu,budak ini pernah cuba mencari kawan yang sesuai untuk bercerita dan kongsi masalah dalam hatinya.Tapi lumrah kehidupan bila kita susah tak akan ada siapa yang nak dekat atau tolong tapi bila kita senang tak usah dicari tapi kawan-kawan yang datang....Budak ini tetap terus bersabar dan bersabar,teruskan kehidupan macam biasa dan tersenyum menunjukkan dunia luar yang budak ini macam orang lain tapi hati budak ini terus bersedih dan hanya air mata yang sentiasa menemani budak ini.